ada apa dengan cinta ? ehh

7:20 pm


Aku nak kau tahu. Suka orang tu fitrah. Kau tak boleh lawan fitrah. Tapi kau kena kawal. Cinta sebelum nikah tak haram. Yang membezakan halal dan haram ialah cara kita sendiri. Kalau kau betul nak ________ kau boleh doa. Sebab jodoh macam rezeki. Memang dah tetap. Tapi kena usaha. Dan doa. Itu penting. Usaha . Doa. Ingat.”


Ada yang tengah tersenyum sorang-sorang,kan ? Jangan menipu :) Betul. Cinta memang fitrah. Takkan ada lah dalam dunia ni yang tak suka sape-sape. Tak semestinya cinta tu maksud dia kita suka kat pakwe/makwe je. Suka kat parents,adik beradik,kawan-kawan tu pun cinta jugak.

Tak percaya ? Terpulang.

Macam dalam quote kat atas tu cakap,cinta tu memang fitrah. Suka someone tu memang fitrah. Tapi kita yang kena pandai kawal fitrah tu. Sama lah macam kita makan ubat. Bayangkan,kita demam,doktor pesan makan ubat 2 biji je lepas makan,tapi kita makan sampai 5 biji. Kan cari nahas nama dia,kan ?
Orang selalu kaitkan cinta dengan sayang. Memang macam tu dari dulu,kan ? Ibarat air dengan tebing. Isi dengan kuku.ehh. Okay. Serius balik. Betullah kan ? selalu orang cakap,cinta itu sayang. Sayang itu cinta. Tak tahu lah kot ada orang yang guna ayat macam ni :-

Saya cintakan awak sangat-sangat. Saya benci awak.

-,-
Kadang-kadang,bila someone cakap kat I love you,saya sayang awak,aishiteru,sarang haeyo,uhibbuki,wo ai ni apa-apa je lah yang seangkatan dengan tu mesti orang kata tu cinta. Betul ke tu cinta ?


“Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada Tuhan. Maka cinta kepada manusia berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok,tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan.” – Batu-bata Kehidupan,Hilal Asyraf


“Macam mana nak bercinta macam cara yang Dia redha ?”


 ehh.gambar ape ni *rolling eyes*
Sekarang zaman it,zaman canggih,zaman millienium kann. Pergi selongkar segala twitter,blog.facebook,tumblr ,myspace *wujud lagi ke?* segala benda sosial network orang yang awak suka tu ada. Kalau ada kenal dengan kawan-kawan dia,awak tanya lah perangai dia macam mana semua. Nak ekstrem lagi,pergi jumpa family dia,tanya perangai dia kat rumah macam mana.haha.Sumpah salute kalau ada yang sampai jumpa family. Tak pun,bak kata Hilal Asyraf,kalau sudah suka sangat,terus terang je.hantar surat, atau cakap terus-terang. Tidak salah.


“saya suka awak,boleh awak jadi isteri saya ?”


Tak salah,tak berdosa pun. *innocent face*
Cuma mungkin perempuan yang awak tanya tu akan blushing,terkejut,pipi merah macam badut sekejap sebab terkejut,malu dan sebagainya.ehhh.abaikan. Takde kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia u_u
Kalau perempuan yang nak tanya kat lelaki pun oleh jugak. Dah suka sangat kan.


“saya suka awak,boleh awak jadi suami saya ?”


Tak salah jugak.tapi seeloknya,jangan lah tanya sendiri,gunalah wakil.
Senyum.
Kalau nak bercinta boleh. Rancang semuanya dari mula,sampai dah kahwin,beranak-pinak,bercucu-cicit,sampai kat ‘sana’ nanti. Kalau tidak,itu bercinta main-main nama dia. Sama lah macam kita rancang study kita dari kita kat sekolah lagi.


“saya nak dapat semua A dalam PMR,semua A dalam SPM,then nak sambung matriks/form 6/diploma/asasi then nak sambung degree,sampai PhD semua”


Kan ?
Semua kita dah rancang awal-awal.


Rasulullah S.A.W. bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepada baginda bilakah akan tibanya kiamat,
“Apakah yang telah kamu sediakan untuknya?”
“Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwa ku.”
Rasulullah menjawab : “Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana”
(Riwayat Bukhari)



- doakan kita semua kuat.kan Mimie ? (‘:
- kredit goes to Nurul Farhah Amalina sebab hadiahkan buku Batu-bata Kehidupan kat Mimie,saya tahu wujudnya buku tu lepas awak bagi buku tu kat dia (‘: 
-esok result final exam keluar,doakan u_u 

You Might Also Like

2 comments

  1. really like your blog. the content and the point. touched. thanks berkongsi :) do visit mine http://wawapunyabeloglah.blogspot.com/2012/12/the-foolest-person-on-earth-goes-to.html

    ReplyDelete
  2. sama-sama (: okay.insya-Allah i do

    ReplyDelete