24 June 2013

Ya,itu aku

ya.itu aku,
aku yang hina,
hina di mata kamu,
tidak mengapa,aku sudah biasa,
jangan rasa bersalah dengan aku,
aku mengerti akan apa yang kau cuba lakukan.
kau mahu aku jadi lebih baik bukan ?

terima kasih,
terima kasih kerana selalu berusaha untuk kebaikan aku,
terima kasih kerana selalu doakan aku,
ya,aku tahu kau doakan aku,
aku tahu.

bukan salah kau aku begini,
bukan salah kau aku terus dikeji,
bukan salah kau aku sendiri,
bukan.itu salah aku.

maafkan aku,ya ?
maaf kerana pernah menyusahkan kau,
maaf kerana menyakitkan hati kau,
maaf maaf maaf.

aku ini ego untuk meminta maaf,
berani bila di tulisan sahaja,
bila berdepan,entah,
rasanya belum pernah,
masih teruk bukan aku ini ?

ya,aku tahu.
ya,itu aku,
aku yang hina




Soal itu,

"Tentang luka yang tersisa,
air mata yang tersembunyi,
tentang ketawa yang pura-pura,
senyuman yang jelas direka.
kau sendiri tahu,
terkadang matamu pun tak mampu menipu.
seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
dan senyummu yang tak ikhlas,
serta tawamu yang kedengaran janggal.

aku tahu,
kau sedang bergelut.
memang ianya tak mudah.
dan tak lah ianya terlalu sukar.

cuma,
bila ianya adalah soal perasaan.
sesuatu yang tak kelihatan,
maka ia adalah hal tentang masa dan penerimaan."

---
dan terkadang,ia memang terpaksa kau jalani sendiri, atau cuma berdua.
kau dan DIA. 





soal ini.
kau takkan pernah faham.
biar aku sendiri,dengan cara aku.
aku perlu masa.

22 June 2013

If and only if...

Aku cemburu. Cemburu pada mereka yang punya abang dan kakak. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku hanya menyatakan mimpi aku. Salah ? mungkin kau terlupa,ini blog aku. Senyum.


Tak salah bukan mahu bermimpi ? mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan.



Pabila aku lihat mereka yang bergurau-senda dengan kakak atau abang mereka,aku tersenyum. Tersenyum sambil bermimpi jika aku juga punya abang atau kakak seperti mereka.

Jika aku punya kakak….

Pasti aku bisa bercerita segala rahsia perempuan bersama kakakku.
Pasti aku bisa bertanya segala tips kecantikan dan nasihat daripada kakakku setiap masa.
Pasti aku bisa bermanja dengan  kakakku sambil dia menghias muka ku.
Pasti aku bisa berkongsi jubah,baju dan tudung dengannya.
Pasti dia bisa memelukku tika aku menangis.



Dan..jika aku punya abang…

Pasti aku boleh meminta pertolongannya bila berkaitan dengan hal kaum Adam.
Pasti dia boleh menjadi temanku ketika aku keluar.
Pasti dia boleh menjadi telinga ketika aku mempunyai masalah.
Pasti dia boleh menjadi lawanku ketika kami bergaduh,gaduh adik-beradik biasa-biasa sahaja.
Pasti dia juga boleh menenangkan aku tika aku sedih.



Tapi..itu semua takkan terjadi. Aku tidak mungkin punya kakak dan abang sendiri. Tidak mungkin.
Pada yang punya abang dan kakak. Beruntungnya kamu. Sangat beruntung.
Ada yang cemburu dengan kamu di sini. :)
Tak mengapa. Aku masih punya adik lelaki. Dia teman gaduhku,dia tukang masakku. Eheh

Jaga kakak dan abang kamu elok-elok ya. Jangan gaduh-gaduh selalu. Nanti rindu.

20 June 2013

guna sampai mati.


ini quick post.eheh.
Dah nak habis cuti sem.
Sekejapnya…okay.maybe sebab saya tak buat apa-apa pun sepanjang cuti ni.eheh.
Ehh bukan maksudnya tak buat pape langsung,at least I’m  learning how to cook some dishes with ibu :> ehem . (siap buat kek lagi!) HAHA


I mean,saya tak lah kerja macam kebanyakan (banyak ke?) kawan-kawan saya yang lain. result final exam dah keluar. Result yang saya dapat memang bebetul layak dengan apa yang saya buat sepanjang sem 2.teruk.main-main masa belajar,result pun dapat yang tahap “main-main” je lah :’) tak guna pun nak nangis sekarang.it’s too late,kan ? bukan kalau nangis,result tu boleh berubah pun,kan ? hihi

So,pengajaran dia,jangan main-main masa study.tak payah nak bercinta sangatlah masa belajar (!) ehem. *tampar diri sendiri* OKAY.

Lepas ni kena fokus lebihlah nampaknya. ada subjek kena repeat  :’(
How time flies……dah nak masuk semester 3.Tahun kedua.wohoo senior ! dah ade junior ah :3 yg sekarang kat sem 2 tu sama umur,so tak terasa sangat seniority tu.haha.K.over.obses sangat dengan seniority ni,pengaruh SBP -,-“ HAHA

Ada kawan ajak join usrah.serius masa tu rasa nak nangis.sebab memang teringin sangat-sangat,gila-gila (mati aku kena marah dengan cikgu BM sebab banyak sangat kata ganda dalam satu ayat) nak join usrah.tapi…tu lah.takut,malu,segan,rendah diri semua ada.rasa macam tak layak…..seriously. Tapi,sampai bila nak rasa macam tu kan ? semua orang nak jadi better,semua orang KENA jadi better  kita kan kena tambah ilmu.Allah pun ada cakap dalam Quran,sesiapa yang berilmu Dia tinggikan beberapa darjat dari orang lain.taknak ke….? Amboi,jangan sombong-sombong sangat awak awak tu.ehem


“….supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. “
(al-Mujadalah :11)


ingat.belajar.cari ilmu.ilmu tu boleh guna.sampai bila ? sampai mati :)



So,pray the best for me maybe ? hihi syukran jiddan for your dua’s
Fi hifzillah,Fi amanillah.
Assalamualaikum