22 September 2013

Muallimah dari Kejauhan :)

Pagi itu, terasa lain. Semacam.  Bangun awal, bersiap awal pagi. Mungkin ini aura dari dia. Dia yang selama ini memberi  inspirasi kepada aku. Dia yang selama ini menjadi contoh untuk aku. Dia yang selama ini mengalirkan ilmunya kepadaku melalui penulisan-penuliannya.


Aku dan rakan baikku berjalan beriringan menuju tempat yang ingin kami tuju. Berdebar. Bak kata orang, nervous gila ! terbayang aku akan raut wajahnya yang sentiasa tersenyum,manis. Sopan, sangat menyenangkan,membahagiakan. 


Sesampainya kami di sana, hatiku berdegup laju. Masanya hampir tiba. Aku bakal bertemu dia. Aku bakal bertemu dengan dia yang aku cinta. Ya . Sesungguhnya aku cintakan dia kerana Allah.


Aku melangkah masuk. Makin laju jantungku berdegup. Selang seminit aku pandang ke hadapan. Takut-takut jika dia datang. Malu, Akhirnya, aku bertemu dengannya. Mampu melihat dia secara berdepan. Sungguh. Dia sangat menyenangkan.


Mukanya berseri,tersenyum. Aku bahagia.


Tanpa disedari, air mata bergenang tanda syukur pada Ilahi yang telah memilih aku yang hina ini untuk bertemu dia, insan hebat. Titisan  jernih itu aku seka, dan terus tersenyum melihat dia di hadapan. Duduk sambil mengukir senyuman paling manis untuk kami. Membahagiakan.


Dari pagi sehingga ke petang kami bersama. Petah sungguh dia berkata-kata. Lancar sahaja sebutannya. Aku kagum. Aku ingin menjadi yakin pabila berkata-kata seperti dia. Aku ingin menjadi kuat untuk berkata-kata di khalayak ramai. Aku ingin menjadi seperti dia. Setibanya ke penghujung waktu untuk kami bersama, aku lebih banyak diam. Menyepi.
Dalam diam aku berdoa,


“Allah, jangan jadikan ini pertemuan terakhir kami. Temukan kami lagi di masa hadapan. Aku ingin selalu melihat dia. Aku ingin sentiasa berada dekat dengannya. Aku ingin menjadi hebat seperti dia. Ya. Aku ingin menjadi persis seperti dia.”


Sebelum pulang ke asrama, sempat aku bersalaman dengannya. Sebak. Terasa seperti kami pernah berjumpa. Terasa seperti dekat sekali dengannya. Terasa seperti ada sesuatu pada dia. Insan hebat itu menyambut salamku, aku cium pipinya. Menahan sebak.

“sayang kerana Allah” katanya.
“saya pun” aku hanya mampu jawab pendek begitu. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Lebih dari itu aku balas. Perit.



Ustazah, semoga kita berjumpa lagi. Semoga saya mampu menimba lebih banyak ilmu dari ustazah. Semoga saya mampu menjadi sebenar-benar Muslimah seperti ustazah.  Semoga kita berjumpa lagi,tidak di sini, di syurgaNya insya-Allah. Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang ustazah :”) 



:") 

p/s: percubaan pertama menulis guna bahasa macam ni, yay or nayy ? do leave a comment,thanks ! :) 

ohh hai meera ! *meera suruh tulis nama dia :P* 

15 September 2013

grateful much ?

"nak jadi macam dia.dia cantik"
"nak jadi macam dia.dia pandai"
"nak ada family macam dia,semua baik"

Sound familiar huh ? *jeling* aah.selalu kan. tak dari mulut kita,mulut orang lain,kannnnn ?
other than sikap judgemental,kita ni ada satu lagi sikap which is "tak bersyukur" okay. tak semua. sebilangan. sebahagian sahaja. termasuk aku. *headshot*

Nampak orang tu ada lebih sikit makanan,nak.
nampak orang lain ada tudung lawo sikit,nak jugak.
nampak tu nak,nampak ni nak. eeeee

"katakanlah ,"Dia lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati (akal) ". Tetapi amat sedikit dari kamu yang bersyukur" (al-Mulk : 23)

Betul ke kita ni tak bersyukur ? kita tergolong tak dalam golongan yang bersyukur tu ? Actually benda ni pun kadang-kadang kita macam kisah tak kisah je. tak salah kalau nak ada apa yang orang lain ada,serius tak salah. tapi berpadalah. takut nanti membazir. padahal duit yang kita beli barang yang orang lain ada tu,kita boleh je simpan. mana tahu kot-kot nanti ada emergency ke kan ? at least dah prepare :)


Lagi satu kategori (?) ,
if you still have your parents,do appreciate them. like seriously.
aku ada kawan-kawan yang dah takde ayah,takde mak. takde dua-dua pun ada (kot) diorang nampak happy. diorang sembunyi sedih tu.
 kita tak tahu,yang diorang menangis tiap malam sebab rindu,
kita tak tahu,perasaan diorang macam mana bila kita cakap pasal parents kita depan diorang.
kita tak tahu. selagi kita tak rasa perasaan tu.
kalau lah perasaan membazir tu boleh ditumbuk ditampar bagi takde kat diri kita T,T


Kesian Draco :( ehh
Apa yang aku tulis ni,peringatan untuk aku jugak.
sebab aku pun selalu jugak fikir nak ada apa yang orang lain ada u,u
last but not least...


Bersyukur.
Selagi mampu.
Selagi kita diberi peluang.
Selagi masih bernafas.
Selagi belum dijemput pulang.

:]


14 September 2013

mampu ?



admire. aku admire dengan perangai kau. setakat yang aku kenal kau, kau tak pernah sakitkan hati orang lain. kau tak pernah berkasar dengan orang lain. 
tak pernah.
aku tak nampak pun kau marah-marah orang macam aku. 

aku ni..unpredictable.
kadang-kadang senyum. lepas tu tiba-tiba je nak marah-marah orang. annoying kan ? heh.

kau lemah-lembut.
kau peramah.
kau baik.
kau disenangi.
kata-kata yang keluar dari mulut kau..aku suka.

bagi aku,kau perfect. 


"wehh mana ada orang yang perfect dalam dunia ni" 

ya. kan aku dah cakap, bagi aku je dia perfect ? :) 

teruskan.

sebenarnya...aku teringin. teringin sangat nak jadi macam kau. 
haha. macam tak layak je rasanya. 

aku ni dah lah kasar.selalu sakitkan hati orang.selalu marah orang,panas baran.

absolutely memang susah nak jadi macam kau.
tapi..entah.
teringin.sangat.

nak jadi girly jugak. 
lemah lembut,sopan.
nak jadi someone yang orang tak benci. 
nak.nak.nak.

boleh tak ? 
tak minta banyak.
doakan aku jadi perempuan.
sebenar-benar perempuan.
yang beradab dan pandai menjaga hati orang lain
boleh ? 

ahh.berangan lagi.

09 September 2013

sayang yang berhikmah





“Wehhh korang percaya tak ? “
“percaya apa?”
----------------------------------------------------
Percaya tak yang Allah tu lagi Maha Mengetahui ?
Percaya tak Allah tu sayang kita ?
Percaya tak yang Allah tu selalu ada untuk kita ?

Kalau dengan manusia,kita kena buat something dulu untuk dia. Kita kena rapat dulu dengan dia,baru orang tu sayang selalunya,kan ? tapi..bila dengan Allah ? Dia tu Maha Pemurah. Even dengan orang kafir yang tak sembah Dia pun Dia pemurah. Orang kafir pun ada je yang kaya,diorang pun makan jugak. Diorang pun maju jugak,kan ? tapi…diorang tak dapat apa yang kita dapat.
Dapat apa ? hidayah.
Kalaulah kita sedar betapa beruntungnya kita dapat hidayah Allah tu.
Kalaulah kita sedar betapa Allah sayang kat kita.
Kalaulah kita sedar yang Allah tu je yang perlu kita agungkan.
Allah tunjuk yang Dia sayang kita tak macam manusia. Allah tunjuk sayang Dia dengan berhikmah.
Contoh,


“de,esok de kerja tak ? ayong ingat nak keluar lah.hihi”
“tak kerja.pukul 9.30 de ambik ayong ye”
Esok ----
“ayong,de tak dapatlah nak ambik ayong.ada hal.kena balik Jengka”
 

kalau ikutkan dari semalam aku dah rancang nak keluar dengan pakcik. Kekonon nak pergi beli stok makanan yang dah habis kat sini (ye,aku banyak makan.jangan terkejut) tetiba,pagi tadi pakcik aku call, bagitahu tak boleh ambik aku. Ada hal. Kalau ikutkan aku frust gila kot tak dapat keluar sebab dah lama sangat tak keluar dari Kipsas T,T


*One Text Message Received*
“usrah kat surau.pukul 10”


Betapa jealousnya aku selama ni tengok orang lain pergi usrah.
Betapa dengkinya aku bila tengok orang lain berkasih sayang,rapat macam family dengan naqibah yang diorang kenal masa usrah.


And tiba-tiba hari ni, aku dapat peluang untuk rasa apa yang diorang rasa --- join usrah.
Excited. Sumpah.
Nampak tak ? Nampak tak yang Allah tu sweet ? Allah akan tunjuk kasih sayang Dia dengan berhikmah ? Tak semua orang Dia pilih untuk pergi usrah.
Tak semua orang Dia pilih untuk Dia beri secebis kasih sayang Dia yang banyak tu.
Tak semua.
Bersyukur. Bersyukur kalau kau terpilih.
Allah,terima kasih kerana masih pandang Fathin Munirah yang hina ni. Terima kasih.
Dan,lagi satu. Berdoa. Teruskan berdoa. Jangan berhenti,satu hari pasti akan termakbul doa kau tu. Cepat atau lambat je. Sabar. Dapat pahala banyak tau kalau sabar ! :”]


p/s : eh budak. Thanks ajak aku pergi usrah *innocent face*