20 December 2013

A letter to brother




Semalam result PMR keluar. Malam rabu tu aku dah bagitahu siap-siap kat adik aku,
“ jangan lupa mesej bagitahu dapat berapa.”
Esok pagi tu, aku tunggu jugak text dia. Takde. Tiba-tiba masa nak pergi café, ibu call.
“ayong, aam dapat _____. Dia nangis tadi. Kalau nak sambung jugak kat MRSM kena buat rayuan. Nanti bila-bila kamu telefonlah dia”

Tahan air mata.
======================================================================
Weh budak.
Janganlah sedih sangat. Memanglah boleh sedih, tapi jangan nak menangis sangatlah. Kamu tu lelaki. Allah bagi kamu dengan ayong rasa macam mana perasaan dapat kejayaan, Allah bagi juga kita rasa macam mana perasaan dia bila kita dapat apa yang kita tak mintak. Semua benda jadi ada sebab Dia dah tentukan untuk kita.  Ce bawok bersabor sikit. Sedih memanglah sedih, tapi..dahlah tu. Tak payah fikir dah PMR tu. Sekarang fikir pasal form 4, form 5 pulak. PMR tu dah lepas, simpan result tu elok-elok. Kamu buatlah elok-elok untuk SPM pulak. Bagi dapat straight A jangan jadi macam ayong,okay ?


Memanglah ayong kalau boleh taknak kamu dapat result PMR sama macam ayong. Dalam erti kata lainnya, memanglah ayong nak kamu kalah dengan ayong (EHH),tapi takdelah sampai doa kamu tak dapat straight A.


Dengki-dengki ayong kat kamu masa kamu dapat UPSR 5A pun,
Ayong kakak kamu jugak.

Dengki-dengki ayong ibu dengan abah selalu jenguk kamu pun,
Ayong kakak kamu jugak.

Annoying macam mana pun perangai  kamu bila ayong suruh buat itu ini,
Ayong kakak kamu jugak.


Kena terima jugak lastnya. Redha. Haha. Ingat tak ibu selalu cakap apa kalau kita gaduh ?

“tak payahlah gaduh-gaduh. Kamu ni dua beradik je. Kalau gaduh, nak mengadu kat siapa ? ibu ada lima beradik, boleh mengadu kat yang lain kalau gaduh ke ape ke.”


Kesat air mata.

Kamu jangan ingat ayong tak sedih kamu dapat result macam tu. Masa ibu call tu ayong dah tahan air mata, taknak bagi ibu dengar. Tak. Bukan sedih sebab marah kamu tak dapat straight A.  More to fikir pasal apa yang ibu abah rasa pasal kita. Semalam lepas ibu cakap result kamu, ayong bagitahu result ayong kat ibu. Lagi sedih. Ayong ni lagi banyak main dari kamu. Kamu je yang tak tahu. Tak sedar diri agaknya. Heh.


Maybelah orang lain cakap,

“alahh PMR je kot.”
“alahh tak payah fikir sangat pasal gred”

Dorang maybe tak faham. Jangan marah dorang. Kita fikir pasal ibu dengan abah je. Kita nak dapat result yang elok sebab nak buat dorang happy dengan kita. Tapi jangan fikir pasal gred je, yang penting kita faham, ingat apa yang kita belajar. Barulah ilmu bukan pada gred :)


Kita dapat result elok, dapat dekan tu betulkan niat. Bukan sebab nak menunjuk, sebab kita fikir tu dapat buat ibu dengan abah happy ada anak-anak macam kita. Biar dorang bersyukur ada anak macam kita. buat ibu abah happy tu pun tanggungjawab kita jugak tahu ? nak balas guna harta dunia pun takkan boleh nak sama dengan apa yang ibu abah dah buat untuk kita dari kecik.


Dari hari pertama kita duduk dalam perut ibu
Dari hari pertama kita jenguk dunia
Dari hari pertama kita masuk tadika
Dari hari pertama kita masuk sekolah sampailah sekarang. Ni saat kamu tengah baca ni.


Kita tengah buat apa ? bersenang-lenang ? ibu abah tengah buat apa ? membanting tulang kerja nak cari duit untuk kita yang nak itu, nak ini.


Weh budak,
tak kisahlah lepas ni kamu belajar kat ceruk mana pun.
Tak kisahlah kamu belajar kat sekolah asrama ke tidak.
Semua sama je. Yang penting, dalam hati tu, niat sebab Dia.
Niat sebab nak buat ibu abah happy.
Bukan sebab nak menunjuk kat orang. tau ?


Dah. Jangan sedih-sedih. Membazir je. Kamu tu lelaki. Tak macho ah menangis, nanti awek lari. Ehh.
Nanti ayong balik claim hadiah.

Hm nak cakap ke taknak eh. Hm hm hm






Ayong sayang kamu. Kbye. 

16 December 2013

Unwanted ? naah




Pernah tak rasa macam korang someone yang unwanted ? macam benda yang orang tak perlukan sangat. Well maybe depends on time lah kan. Pernah ? once in life mesti pernah punya kannnn



Well sekarang kita (?) kena betulkan mindset kita balik. Jangan fikir kita ni someone yang unwanted, yang tak diperlukan ke apa ke. Sebab even kita rasa alone macam mana pun, trust me. We’ll never be alone. Macam motto Liverpool lah kan “ you never walk alone” cuba fikir pasal the positive side sikit.



Sebenarnya, kita tak pernah sekali pun kena tinggal sorang-sorang. Kita tak pernah pun alone. Allah kan ada ? malaikat kat kiri kanan kan ada ? lagi satu, syaitan yang selalu nak hasut kita tu pun selalu ada kan ? *kening kening* ye. Memang kita tak boleh nampak yang selalu ada dengan kita tu, tapi as long as dalam hati kita percaya Allah ada, malaikat tu ada it’s all gonna be alright. Takde dah perasaan “unwanted”, “kena tinggal” , “alone” semua tu. Trust me. Okay. Tak paksa untuk percaya kat aku. Hee



Kalau kita sorang-sorang sebenarnya kita lagi untung. Sebenarnyalah. Sebab bila kita sorang-sorang, probability untuk mengumpat atau mengata orang serta tak lupa jugak bergosip adalah kurang. Yelah, takde siapa yang kita nak cakap kan. Tak tau lah kot ada yang suka cakap sensorang. Err mungkin motivasi untuk diri sendiri kot *husnudzon* eheh



Lagi satu, bila kita sorang-sorang selalunya kita banyak fikir. Fikir salah silap kita kat orang lain, fikir segala dosa yang kita dah buat, fikir pasal kot ada terbuat orang sentap ke kita sentap dengan orang ke ape ke. Tambah pulak bila tetengah malam, tengah sunyi je tak ke mengalir air mata teringat semua benda tu T,T so, secara automatiknya kita akan sedar betapa kerdil, betapa hinanya kita yang SENTIASA buat salah, buat dosa ni. Mana ada manusia tak buat salah, tak buat dosa langsung (well of course except Rasulullah S.A.W.) tak wujud dah manusia yang maksum dah kan dunia ni. Makanya, tak payahlah kita dok mengata orang ni, orang ni dok mengata kita. Tak kisahlah kat fesbuk ke, kat twitter ke, kat blog ke kat mana-mana pun. Tak dapat apa pun kalau asyik macam tu. Baik tegur elok-elok, guna bahasa elok. Islam kan ada adab, ada akhlak ? ^^ jaga aib orang, Allah jaga aib kita kat akhirat. INGAT !



Whenever you think you are all alone, just think, Allah is always with you. Always. Jangan buat kerja bodoh sebab kita rasa macam tak diperlukan, macam semua orang tak perlukan kita. Aku mohon, jangan.
Think about the positive side of being alone, think about all of benefits that you will get when you are alone. Allah never make something without a benefit, right ? held your head high and smile 



Till meet here again insya-Allah. Assalamualaikum.