14 August 2015

Tulisan Untuk Diri Sendiri : Yang Sedang Bingung Tentang Hidup



Assalamualaikum, dear self.
Apa khabar imanmu hari ini ? makin naik atau turun ? sudah membuat sesiapa tersenyum ?
Kenapa kembali ke sini ? apa yang sedang membuat kamu gelisah dan resah ?

Teruntuk diri sendiri,
Masih ingat saat kau jatuh dari basikal yang dibeli arwah atuk ? Kau menangis. Kuat. Satu Rantau Perintis boleh dengar agaknya. Menangis sambil melihat lutut yang koyak berdarah.  Teruk lukanya. Sampai sekarang parut masih ada. Tapi, walaupun sakit tak tertahan disebabkan luka itu, kau tetap bangun. Jadi, kenapa sekarang kau rebah tak bangun-bangun ? aku percaya, Fathin yang dulu masih sama dengan yang sekarang. Bangkitlah.

Teruntuk diri sendiri,
Masih ingat saat masih di bangku sekolah, kau sering jatuh pengsan saat perhimpunan pagi? Setiap kali. Dahlah pengawas sekolah, di baris hadapan sekali. Malu. Setiap kali perhimpunan, mesti jatuh. Dan teruntuk setiap kali itu juga, kau yakin yang Cikgu Hamiza akan sentiasa sambut kau. Sebelum sempat badan jatuh ke bumi, pasti Cikgu Hamiza akan sambut. Bawa masuk ke dalam pra-sekolah. Rehat. Sekarang, mengapa setiap kali kau jatuh kau tak yakin yang akan ada yang menyambut ? Apa kau lupa yang setiap kali kau rasa tak mahu bangun, ada Dia yang akan sentiasa bersedia untuk sambut kau ? Sudah-sudahlah rasa yang masalah kau paling besar dalam dunia ni. Sampai bila nak rasa begini ? Bangunlah. Masa dah tinggal sikit.

Teruntuk diri sendiri,
Setiap kali jatuh, jangan lupa asal-usul kita. Setiap jatuh adalah penyebab untuk kau bangun lagi. Selagi nyawa masih ada dalam badan, selagi itu masih ada peluang untuk terus hidup diteruskan. Jangan lemah lembik begini. Sedikit ujian di sini, banyak ganjarannya di sana. Tolong jangan lupa. Sampai bila-bila.


Have faith. Love and faith.
Yours Truly,

1306, 27072015. 

:)