22 April 2016

Reality does hit hard tonight


Selesai membaca langit vanilla untuk entah kali ke berapa sejak membelinya 2 tahun lepas. Buku puisi saya yang pertama. Menjerit kecil tatkala jumpa buku puisi kali pertama di Kedai Buku 1 Malaysia. Budak-budak betul.

Tak terniat pun nak baca entah tak tahu kenapa lepas Maghrib laju tangan ambil dua buku Kak Wani, Langit Vanilla dan Mesin Cahaya Masa. Buku Kak Ana Rafalli dengan buku Kak Fynn Jamal dah selamat bertukar tuan (semoga baik-baik saja di Sabah sana!) tetapi entah kenapa buku Kak Wani terasa susah untuk saya lepas. Mungkin kerana buku-buku yang lain saya hanya beli kerana ikut-ikutan, atau mungkin buku itu sedang jadi perhatian ketika itu.

Selesai satu cerita dari buku itu saya baca, saya hanya mengangguk-angguk sendiri. Iya, iya. Ini yang saya lalui dalam kehidupan saya. Yang terbaru mungkin semalam, atau lebih tepatnya subuh itu. Sudah. Mungkin sudah tiba masa untuk buang jauh-jauh perkara pahit itu. Walaupun jarak usia kami agak jauh, tapi saat saya membaca tulisan Kak Wani, saya terasa semuanya seakan ditulis khusus untuk saya dari seorang kawan (tapi bukan kesemuanya, tambahan pula bahagian suami isteri itu. haha).

Saya semakin faham dan mula belajar bahawa realiti dan angan-angan itu sangat jauh bezanya. Sangat jauh. Umpama telefon bimbit besar gedabak yang zaman dulu….dengan Sony Xperia Z5 (inspired dari jamban duduk dan kayu jati Kak Wani dalam kisah Halimunan. Hiks).

Angan-angan adalah seperti kertas origami yang kita bentuk sungguh-sungguh dan teliti, satu persatu sambil menonton video dari pakar di laman youtube dan akhirnya hasilnya sama sepenuhnya dengan hasil pakar tersebut. Dan realiti adalah seperti ketika awak sedang mula melukis pemandangan laut yang indah di depan mata awak tetapi akhirnya ianya terhasil menjadi seperti lukisan kanak-kanak 5 tahun dengan bukit-bukau serta matahari di antara bukit-bukit itu. Tidak lupa juga sawah padi di hadapannya.

Saya makin menerima yang---hidup adalah sebetul-betul realiti. Setinggi dan selama mana pun kita berangan-angan, selagi tiada usaha dan kurang sabar serta semangat dan redhanya ianya adalah sia-sia. Belajarlah menerima ujian dengan tenang, mana mungkin kita boleh sampai hujung lautan kalau tak berenang sambil dihempas ombak beribu kali, kan? Keep going, self. He Knows well. He Knows all.


Terima kasih Tuhan untuk rasa ini.
Terima kasih Kak Wani untuk buku ini.
Terima kasih hati untuk segala kerjasama selama ini.




p/s : Luna Gugur ke Riba really hit me. And page 23 too.

21 April 2016

Cerita yang jangan lagi kau berani mahu ulang (i)

Hari ini saya belajar bahawa setiap perkara salah yang kita pernah atau sedang lakukan, Tuhan akan sentiasa menyedarkan kita dari tidur itu. Cuma kita sahaja yang perlu sentiasa membuka minda dan hati kita untuk melihatnya dengan lebih jelas. Benarlah, hikmah itu ada di mana-mana. Moga-moga kesedihan yang satu ini tidak lagi muncul dalam hidup pada masa-masa akan datang. Semoga Tuhan perkenankan.


"Mulai hari ini, kita akan memaknai kesedihan sebagai sebuah perasaan yang istimewa. Kesedihan tidak lagi sebagai sebuah perasaan negatif yang seolah-olah membuat hidup kita hancur berantakan, membuat harapan kita hancur menjadi kepingan. Mulai hari ini, kita akan melihat sesuatu dari sudut pandang yang baru. Berbahagia ketika mengalami kesedihan. Karena perasaan itu mendekatkan kita kepada Tuhan."
Rumah, 6 Agustus 2014 | (c)kurniawangunadi




01 April 2016

Just Write it!

Bismillah,

Nampaknya malam ni mata sudah hilang mengantuknya. Habis diselongkar setiap benda yang boleh diselongkar. Ditambah pula dengan wifi hotspot Aam (sokonglah celcom! Dapat internet free. hiks.) lagilah seorang Fathin ini meroyan di tengah malam. Okay, cut the crap.

Baru selesai membaca post Kak Umairah Shafei di sini, saya tertarik dengan ;

"saya sedang mencuba untuk menulis lebih banyak, menyedari setiap satunya ada memori tersendiri. saya mahu mengulang baca, meski sayalah yang menulis dan sayalah juga yang membaca. kekangan masa, selain emosi yang mendesak, seringkali menghalang saya menulis; sama ada malu menuliskan atau resah dibacakan.

saya paling maklum, sayangnya jika tidak menuliskan, kerana hari-hari adalah refleksi yang berterusan. saya semacam Sylvia Plath sewaktu beliau sendiri akur, "every story, every incident, every bit of conversation is raw material for me."

Saya juga sering kali berfikiran begitu jugak, kak. Tapi itulah, manusia adalah hanya seorang manusia. Yang kadang-kadang perasaan malas itu melebihi segalanya. (alasan ni alasan).

Setiap perkara yang terjadi dalam sehari-hari hidup kita, bukankah tiap-tiap hari kita adalah memori dan cerita yang tak mungkin berulang dan sama setiap satunya? Dan apabila kita sedar yang, setiap manusia akan ada beratus malah mungkin juga berjuta dan berbilion cerita yang berbeza.

Bukankah kita ini unik semuanya?

Cerita saya takkan mungkin sama dengan kakak yang dulu saya pernah kenal semasa di kolej.
Atau takkan mungkin sama dengan adik junior yang sama sekolah dengan saya itu.
Dan tidak akan sama dengan makcik yang saya pernah jumpa di tepi jalan dua bulan lepas.

Jadi? Tuliskan saja setiap satunya yang terjadi dalam hidup kita sehari-hari. Bukan untuk dibaca orang, mungkin juga untuk kita. Mana tahu, kita di masa hadapan akan tersenyum apabila membaca kembali tulisan-tulisan kita di masa ini. Tambah-tambah pula jika perkara yang terjadi itu kita pandang dengan penuh hikmah yang Tuhan telah susun elok :)

Jadi cerita awak untuk hari ini, apa?